Kerajaan garis penyelesaian strategi tangani cuaca tidak menentu

0
2

KERAJAAN menggariskan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan bagi jangka panjang dalam strategi pengurusan bencana disebabkan keadaan cuaca tidak menentu akibat daripada pemanasan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 yang dipengerusikan beliau di Putrajaya hari ini.

Penyelesaian jangka pendek antaranya ialah:
i. Memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir (pam, pintu air dan set generator) pada tahap optimum dengan
kerjasama kerajaan negeri

ii. Menyelenggara, mendalam dan membersih sistem saliran dan takungan banjir.

iii. Menaik taraf 516 stesen siren dan 155 stesen kamera web sedia ada dan membangunkan 361 stesen kamera web
baharu.

iv. Menaik taraf 100 stesen pencerapan cuaca menggunakan peralatan berteknologi tinggi yang boleh mengeluarkan ramalan dan amaran cuaca masa nyata (real time) dan boleh percaya (reliable).

v. Meningkatkan keupayaan aplikasi myCuaca untuk penyampaian maklumat kritikal yang efisien dan berkesan kepada Keluarga Malaysia.

Antara Langkah penyelesaian jangka panjang ialah:
i. Pembangunan Akta Adaptasi Sektor Air untuk memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim sektor air.

ii. Pendekatan nature-based solution seperti pembinaan denai sungai sebagai platform penglibatan masyarakat.

iii. Meningkatkan kapasiti takungan air banjir.
iv. Memperkasa pelaksanaan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu.

  1. Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here