7 strategi tangani beg sekolah berat disambut baik

0
3

PAKAR Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung tujuh strategik bagi menangani isu beg sekolah berat.

Beliau berkata, ia hasil tuntutan berterusan oleh ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk KPM menyelesaikan tersebut.

Menurutnya, tujuh strategi tersebut adalah hasil cadangan pelbagai pihak yang diyakini dapat mengurangkan isu beg sekolah berat, khususnya penyediaan loker untuk sekolah dua sesi dan membenarkan buku disimpan di laci meja di sekolah bagi satu sesi untuk anak-anak tahap satu.

“Begitu juga dengan strategi penggunaan buku teks digital, mengehadkan bilangan dan jumlah muka buku latihan serta penyelarasan pakaian sekolah untuk kelas di bawah Jakim.

“Seperkara yang menarik ialah keputusan KPM untuk mengurangkan bilangan waktu mata pelajaran dalam jadual harian.

“Dengan arahan KPM yang mengehadkan hanya tiga hingga empat sahaja mata pelajaran setiap hari, bilangan buku teks dan buku latihan dibawa murid setiap hari dapat dikurangkan secara signifikan. Ini keputusan yang baik dan tepat,” katanya.

Anuar berkata, tujuh strategi disenaraikan KPM itu sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan isu beg sekolah berat dalam jangka pendek.

Bagaimanapun, katanya, KPM masih perlu melakukan usaha dan tindakan selanjutnya untuk mengurangkan isu beg sekolah berat ini untuk jangka panjang.

Antara lain katanya, melakukan semakan kurikulum kerana faktor utama yang menyumbang kepada beg sekolah berat ini adalah bilangan mata pelajaran yang masih banyak dan silibus setiap mata pelajaran yang juga padat.

Tambahnya, keputusan KPM hari ini menunjukkan suara rakyat khususnya ibu bapa, yang diambil perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here