BN pula dikesan guna dewan awam

0
2

BARISAN Nasional (BN) dikesan menjadikan dewan serba guna di Felda Nitar 1, Mersing, sebagai bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh.

Perkara itu dikesan Badan pemantau pilihan raya Bersih yang berkata, kemungkinan berlaku salah guna kemudahan awam oleh gabungan itu, lapor MalaysiaKini.

“Ini adalah salah guna kemudahan awam,” kata Pengerusi Bersih Thomas Fann.

Sementara itu, calon BN bagi DUN itu, K Raven menegaskan mereka telah mendapat kebenaran untuk menggunakannya.

“Kami berpandangan dewan serba guna tidak boleh ada mana-mana sepanduk atau bendera parti.

“Kerajaan negeri – telah memberi kebenaran kepada BN untuk menggunakan dewan itu.

“Mereka beri kebenaran untuk gunakannya kerana pejabat Umno sudah ada di situ sebelum ini.

“Kami sentiasa gunakannya dan setiap kali kebenaran diperbaharui. Jika kami tak dapat kebenaran, kami tak akan gunakannya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here