Jentera bomba pertama buatan Palestin, sumbangan rakyat Malaysia di Gaza

0
2

SEBUAH jentera bomba pertama hasil buatan Palestin, yang disumbangkan daripada pembiayaan rakyat Malaysia melalui MyAqsa Defenders telah siap dibina.

Berita gembira itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali Nadir Al-Nuri menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran akhirnya terlaksana juga impian rakyat Malaysia bagi membantu Gaza.

“Made in Gaza, funded by Malaysia.. Fire-truck pertama buatan tempatan, di Palestin bersedia untuk berkhidmat di bumi Gaza.

“Memang seram sejuk apabila melihat video trak ini beraksi mashaAllah. Tak sangka kita boleh sampai ke tahap ini dalam khidmat kita kepada bumi yang telah dikepung ini.

“Alhamdulillah hari ini sejarah sekali lagi tercipta, kerana memang sejarah ditulis oleh tangan-tangan kita sendiri melalui perancangan yang teratur dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, jentera bomba sumbangan MyAqsa Defenders itu bagaimanapun akan melalui fasa percubaan terlebih dahulu.

Katanya, empat trak bomba lagi akan menyusul hasil sumbangan Cinta Gaza Malaysia.

“Trak pertama sumbangan MyAqsa Defenders ini akan melalui fasa percubaan dan sekiranya melepasi tempoh tersebut, empat buah trak lagi akan dihasilkan sumbangan Cinta Gaza Malaysia pula. Tahniah Malaysia!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here