32,467 kes baharu Covid-19, tertinggi setakat ini

0
2
dr. hisham

KES baharu harian Covid-19 di Malaysia sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi dengan 32,467 kes dilaporkan semalam menjadikan 3,528,557 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Angka itu adalah yang tertinggi dalam tempoh seminggu sejak kali terakhir kes tertinggi dilaporkan pada 24 Februari lalu iaitu sebanyak 32,070 kes.

Jumlah kematian yang direkodkan semalam pula adalah sebanyak 86 kes termasuk 28 kes yang diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID), sekaligus menjadikan keseluruhan kematian kini adalah 33,028 kes (6,780 BID).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 32,467 kes baharu yang dilaporkan semalam, kes import adalah 413 kes membabitkan 355 warganegara dan 58 bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah 32,054 kes membabitkan 31,106 warganegara dan 948 bukan warganegara.

“Daripada 32,467 kes harian yang dilaporkan semalam, 231 kes (0.71 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
32,236 kes (99.29 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 membabitkan 10,828 kes; Kategori 2, sebanyak 21,408 kes; Kategori 3, pula 100 kes; Kategori 4, sebanyak 63 kes; dan Kategori 5, adalah 68 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 231 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 60 kes daripadanya tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 115 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 56 kes telah menerima dos penggalak; 127 kes berumur 60 tahun dan ke atas; 74 kes mempunyai komorbid dan
satu kes membabitkan ibu mengandung,” katanya.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 335 kes membabitkan 145 kes disahkan Covid-19; manakala 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 208 kes (82 kes disahkan Covid-19; 126 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah 27,629 kes menjadikan 3,197,298 kes kumulatif sembuh.

“Sebelas kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan 6,809 kluster setakat ini dengan 6,343 kluster telah tamat, manakala 466 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here