‘Tolak parti kleptokrat, lindung pemimpin kluster mahkamah’ – Tun M

0
2

RAKYAT Johor perlu memilih parti yang tidak bekerjasama dengan kleptokrat dan melindung pemimpin kluster mahkamah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), berkata rakyat perlu bersama-sama Pejuang untuk menolak kleptokrasi bagi memulihkan negara termasuk Johor.

“Rakyat Johor perlu pilih parti yang tidak bekerjasama dengan kleptokrat dan melindung pemimpin kluster mahkamah.

“Dengan itu, sesiapa yang tolak kleptokrasi dan sokong Pejuang akan berjaya pulih Kerajaan dan negeri Johor insya’allah selamat,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Dr Mahathir turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dalam misi kempen parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Untuk rekod, kerusi DUN Machap ditandingi Ketua Pejuang Negeri Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

“Saya bersyukur kerana dapat sampai ke Machap, kawasan ditandingi Ketua Pejuang Negeri Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

“Apabila DUN Johor dibubar sudah tentu rakyat mahukan Kerajaan baru. Dalam pilihanraya ini kita perlu pilih parti lain yang boleh perbaiki keadaan di Johor ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here