Tun M bimbang dirinya, kroni ‘dibogelkan’ bila BN kembali berkuasa – Isham

0
1
isham jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil mendakwa Tun Dr Mahathir amat bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bimbang beliau dan kroni-kroninya akan ‘dibogelkan’ oleh rakyat sekiranya BN kembali berkuasa.

“Saya rasa dia takut sangat kalau BN menang. Sebab jika BN menang PRN Johor dan PRU-15, saya lihat dia dan kroni-kroni dia yang akan di-“bogel”-kan oleh rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Isham membidas Dr Mahathir terus menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai modal politik dalam kempen PRN Johor.

“Tun Mahathir sedang berucap sekarang. Rata-rata tiada perkara baru, dia ulang-ulang benda yang sama seperti PRU-14 yang lepas iaitu Najib, Najib, Najib dan 1MDB.

“Yang dia tidak sebut ialah dia mungkir janji manifesto PRU-14, dan yang dia telah menyebabkan kerajaan gagal, ekonomi jatuh teruk dan rakyat sengsara sehingga dia terpaksa letak jawatan selepas 22 bulan memerintah.

“Dan entah kenapa dia asyik sebut perkataan ‘bogel’ dekat 10 kali dalam ucapannya. Tun, carilah modal lain selain Najib, 1MDB dan bogel. Aduhai,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir ketika menghadiri Program Aspirasi Johor di DUN Machap, sekali lagi menempelak Najib, dan menyeru rakyat supaya tidak mempercayai kata-kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Jelas Dr Mahathir lagi, jika ada mana-mana pihak berterusan bersikap tidak malu dalam melakukan kesalahan, maka tidak mustahil akan berlaku kerosakan dalam masyarakat

“Saya rasa kalau Najib bogel depan orang ramai pun dan orang tanya kenapa pemimpin bogel, ‘ini nanti dia jawab, apa nak nak malu, dia bos’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here