105 mangsa banjir positif Covid-19

0
2
grafik

SEBANYAK 65 kes baharu positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kini adalah 105 kes.

Menurutnya, sebanyak 55 kes baharu direkodkan di Kelantan, manakala 10 kes lagi di Terengganu

“Daripada 65 kes yang dilaporkan, sebanyak 37 kes dikesan melalui saringan kemasukan ke pusat pemindahan sementara (PPS), manakala 28 kes adalah kes Covid-19 yang diketahui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kluster yang dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir di PPS setakat ini.

Katanya, semua kes sudah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC), PPS khas, PPS berlainan blok, hospital dan rumah.

“Banjir juga menyebabkan beberapa fasiliti kesihatan terjejas kerana dinaiki air.

“Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi.

“Fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi berkurang kepada tiga semalam berbanding sembilan fasiliti pada hari sebelumnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here