Kadar kematian akibat Covid mula meningkat – KJ

0
2

KADAR kematian akibat Covid-19 mula meningkat, namun ia dilihat lebih rendah berbanding ketika gelombang Delta yang lalu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, jumlah kematian luar hospital (BID) juga mula meningkat semula berdasarkan data yang direkodkan pada 5 hingga 21 Februari lalu.

“Daripada 113 BID yang dianalisa (5 – 21 Feb), hanya 9 peratus mengetahui status jangkitan Covid-19.

“Manakala 91 peratus hanya dikesan positif selepas meninggal dunia,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau mendedahkan, ramai waris pesakit yang meninggal dunia berkenaan menyangka pesakit hanya sakit ringan sahaja.

“Sangat penting bagi golongan yang berisiko tinggi (warga emas dan mereka yang ada komorbid serius) untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera.

“Keluarga/komuniti juga diminta pantau keadaan kesihatan warga emas. Kalau demam atau batuk sikit pun, bawa jumpa doktor,” rayunya.

Menurutnya, vaksin sangat berkesan melindungi diri daripada kesan paling buruk Covid-19 seperti kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian.

Jumlah kematian baharu akibat Covid-19 di Malaysia menunjukan peningkatan dengan 115 kes dilaporkan semalam termasuk 36 kes yang diklasifikasikan sebagai BID.

Angka itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan kini adalah 32,942 kes (6,780 BID).

Kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan semalam turut meningkat dengan mencatatkan sebanyak 27,500 kes, menjadikan 3,496,090 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here