Dari mana datang RM62 bilion yang dituntut waris Sultan Sulu?

0
3
Penganalisis Politik dan Geostrategis, Dr Azmi Hassan

NILAI RM62 bilion yang dituntut waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram adalah dikatakan termasuk nilai kemasyhuran yang dikecapi Sabah sepanjang perjanjian yang termeterai sejak tahun 1878.

Penganalisis Politik dan Geostrategis, Dr Azmi Hassan, berkata Malaysia membayar sebanyak RM5,300 setiap tahun kerana menghormati perjanjian antarabangsa tersebut antara Sultan Sulu dengan Baron Overdeck dan Alfred Dent ketika itu.

“Ketika itu Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu tiada lagi, malah Sabah pun tiada lagi.

‘Dan ada serangan militan daripada Sultan Sulu di Lahad Datu pada tahun 2013 takkan Malaysia nak bayar lagi,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Azmi berkata, pada hakikatnya jumlah yang tidak dibayar Malaysia sepanjang sembilan tahun itu berjumlah RM47,700.

“Jadi dari mana datang RM62 bilion ini? Waris itu dan mahkamah percaya jumlah itu dari hasil masyhur yang Sabah kecapi lebih daripada 100 tahun itu,” jelasnya.

Beliau berkata, ianya sama dengan analogi di mana Singapura membayar 3 sen untuk segelen air yang disalurkan daripada Malaysia.

“Malaysia boleh menuntut sebenarnya kemakmuran Singapura kerana air daripada Johor dari 1961 lagi.

“Tetapi jika Malaysia buat tuntutan itu, pasti Singapura menjawab ‘where got road’?,” jelasnya.

Hari ini, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara menjelaskan kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Tuntutan tersebut dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Sebelum ini, pihak mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II (“Penuntut”) telah membuat satu tuntutan terhadap kerajaan Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol (“Tuntutan tersebut”).

Tuntutan tersebut berbangkit daripada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam, Sultan Sulu pada masa itu (“Sultan Sulu”) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent (“Perjanjian 1878”) di mana Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, yang kini merupakan sebahagian daripada Sabah, Malaysia. Sebagai balasan (token).

Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan sebanyak RM 5,300.00 setiap tahun.

Susulan daripada serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran wang serahan tersebut telah dihentikan pada tahun 2013. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here