Orang muda di Tanjung Surat terus dapat pembelaan BN

0
2
alon BN N.39 Tanjung Surat, Aznan Tamin

GOLONGAN muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat akan terus mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada Barisan Nasional (BN) 

Itu tekad dan hasrat Aznan Tamin untuk memastikan masa depan anak muda di kawasan berkenaan berjaya dalam kehidupan mendatang. 

Beliau yang juga calon BN bagi DUN Tanjung Surat telah mengesan tiga elemen yang menjadi kehendak utama orang muda. 

“Tiga perkara yang penting golongan muda di Tanjung Surat mahu iaitu peluang pekerjaan, rumah mampu beli, dan usahawan. 

“Semua orang tahu di sini terdapat projek mega gas dan minyak yang memberi puluhan ribu pekerjaan kepada rakyat. 

“Pembinaan rumah perlu ditingkatkan selari dengan kepesatan ekonomi dan bantuan untuk melahirkan usahawan muda,” katanya kepada Malaysiapost hari ini. 

Sementara itu, Aznam yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengerang berkata, beberapa program untuk pengundi 18 tahun telah dilaksanakan. 

“Pelbagai program telah dijalankan, kita mahu pengundi 18 mengambil tahu apa itu politik, celik politik serta tampil aktif dalam bidang kemasyarakatan menerusi anjuran belia,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung 12 Mac ini, Aznam akan menghadapi saingan empat penjuru daripada PN, PKR dan Pejuang. 

Pada Pilihan Raya Umum lalu, kerusi DUN Tanjung Surat dimenangi BN menerusi Datuk Syed Sis A Rahman dengan majoriti 4,522 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here