Penjaja tular caci calon DAP, kini berdamai

0
2

SEORANG penjaja yang tular memarahi calon DAP kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung sebelum ini, akhirnya memilih jalan pendamaian.

Dia yang mesra dikenali sebagai Abang Lim berkata, ketika kejadian dia terlalu emosi dan tidak mempunyai niat untuk mencaci Cai Tung.

Cai Tung telah menyiarkan video selama 24 saat di Facebooknya semalam yang memaparkan kedua-duanya dilihat berbual mesra dan berlaga penumbuk.

Abang Lim sebelum in memarahi Cai Tung yang datang ke gerai buahnya pada 27 Februari lalu dengan mengatakan penyandang kerusi DUN itu gagal menyelesaikan aduannya mengenai persimpangan jalan raya yang berisiko berlaku kemalangan.

Rakaman video itu kemudian menjadi tular di media sosial.

Cai Tung berkata, sejak menerima aduan itu, pejabatnya telah berhubung dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, kotak kuning dan bonggol dibina di jalan tersebut tetapi ia tidak memuaskan hati Lim kerana dia mahu satu lagi bonggol dibina di jalan bersebelahan.

“Abang Lim mengambil inisiatif untuk menghubungi saya dan kami pergi membuat pemeriksaan di persimpangan semula.

“Abang Lim kata dia tidak mahu perkara itu dijadikan isu oleh pihak lawan, jadi dia tampil untuk menjelaskannya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here