Manifesto BN untuk PRN Johor, harapan kepada kemelut politik tanah air

0
2

Hafiz Ariffin

PEMUDA menyambut penuh hormat manifesto BN untuk PRN Johor yang telah diumumkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad bersama-sama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Kita sedar parti BN tidak lah maksum dan atas dasar itu kita sentiasa berusaha untuk menambahbaik khidmat bakti untuk kepentingan rakyat terutamanya warga Johor pada kali ini.

Tindakan ahli-ahli politik yang telah mendapat mandat dengan membawa gelaran “ Yang Berhormat” telah hilang kehormatannya pada pandangan mata rakyat.

Oleh kerana sebahagian mereka bertindak untuk melompat parti. Hal ini merupakan punca ketidakstabilan politik tanah air, ini melelahkan dan merugikan rakyat.

Juga membuatkan kebanyakan rakyat hilang arah dan harapan terhadap sistem demokrasi negara.

Oleh itu, BN Johor menerusi Manifesto BN kali ini akan memperkenalkan Enakmen Anti Lompat Parti, yang mana ia akan menyekat masalah lompat parti ini dari berulang sekaligus membawa aspirasi yang menjadi tunjang utama tawaran BN kepada semua iaitu kestabilan politik.

Suhu politik negara lebih-lebih lagi ketika ini menunjukkan profesion sebagai ahli politik, menjuarai carta pekerjaan yang paling tidak dipercayai oleh orang awam.

Sejujurnya, ahli politik mempunyai kapasiti membuat keputusan yang besar dan ia boleh mempengaruhi hidup orang awam.

Maka, kesangsian orang awam terhadap ketelusan ahli politik adalah berasas. Oleh itu, inisiatif reformasi politik yang bakal dilaksanakan sekiranya BN dipilih untuk menerajui kerajaan negeri Johor adalah untuk mewajibkan setiap ADUN di Johor mengisytihar harta kepada SPRM.

Antara lain, Manifesto BN kali ini mencakupi pengenalan prestasi kerajaan untuk rakyat.

Jika diangkat menjadi kerajaan boleh warga Johor, warga Johor dapat menilai prestasi ADUN, Pengawai Utama Kerajaan Negeri dan Ketua Kampung dengan lebih berstruktur dan selaras.

BN akan memperkenalkan Key Performance Index (KPI) untuk ADUN, Pengawai Utama Kerajaan Negeri dan Ketua Kampung.

Kita berharap tiada lagi isu kekeliruan/silang kerja/redundant dalam bidang kerja diantara pejabat ADUN, pejabat Kerajaan Negeri dan pihak-pihak terbabit.

Kita berharap usaha ini dapat menambahbaik khidmat bakti kita kepada rakyat dengan mempercepatkan proses menyelesaikan isu-isu setempat dan isu semasa di Johor.

Untuk maju kehadapan dalam menambahbaik khidmat bakti kepada rakyat dan melangkah ke arah politik matang, saya selaku Exco Pemuda Umno Malaysia menyokong penuh Manifesto BN untuk PRN Johor 2022.

Penulis merupakan EXCO Pemuda Umno

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak mewakili pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here