MP Jelutong digantung sehari ganggu Najib berbahas di Parlimen

0
1

PARLIMEN | RSN Rayer (Jelutong- DAP) digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama sehari kerana menganggu Datuk Seri Najib Razak (Pekan-BN) berbahas.

Meskipun telah diberi amaran berkali-kali oleh Timbalan Speaker Datuk Ramli Mohd Noor namun beliau tidak mengendahkannya dan terus mengasak Najib.

Rayer mendakwa Najib telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila “menyerang” bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kelemahan ketika memimpin negara.

Kenyataan Najib itu telah mengundang persoalan daripada Rayer yang berkali-kali bangkit untuk meminta penjelasan.

Tidak cukup dengan Rayer, Khalid Samad (Shah Alam- Amanah) turut bangkit “menyerang” Najib berhubung isu 1MDB.

Timbalan Speaker beberapa kali menegur dua Ahli Parlimen berkenaan yang berterusan menganggu Najib yang sedang berbahas.

Khalid mendakwa Najib cuba mengelirukan dewan berhubung isu 1MDB.

Rayer yang berterusan menganggu Najib diberikan amaran terakhir sebelum diminta keluar Dewan Rakyat oleh Timbalan Speaker.

Ramli yang mengarahkan bentara mengiringi Rayer memaklumkan ahli Parlimen DAP itu digantung selama sehari.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here