PRN Johor: Manifesto PN fokus lapan tunjang utama

0
2
perikatan nasional

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan ‘Ikrar PN Untuk Johor’, sebagai manifesto gabungan itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’.

Muhyiddin berkata, PN menyediakan Ikrar berteraskan lapan tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 145 pendekatan.

Beliau berkata, lapan tunjang utama membabitkan kepemimpinan berintegriti dan bebas; keutuhan ekonomi Johor; keutamaan tangani kos sara hidup; keprihatinan kepada rakyat, kesejahteraan sosial; kecekapan infrastruktur; merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar.

Katanya, ikrar yang ditawarkan itu bukan retorik semata-mata, sebaliknya komitmen realistik dan praktikal bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak adalah bersih, cekap dan prihatin rakyat.

“Pentadbiran kerajaan negeri yang bersih dan cekap mestilah ditunjangi oleh kepemimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah.

“Oleh itu, PN akan membentuk kerajaan yang sentiasa mendukung pemimpin berintegriti, bebas rasuah dan menolak penyalahgunaan kuasa.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri juga akan dipertingkatkan melalui pemerkasaan tadbir urus agensi dan syarikat milik kerajaan negeri.

Katanya, ia merangkumi usaha menyusun semula syarikat bagi mengoptimumkan penjanaan keuntungan dan mengoptimumkan pendigitalan perkhidmatan awam negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here