PRN Johor: Manifesto BN tawar lima ikhtiar untuk bangsa Johor

0
2

‘IKHTIAR BN Johor untuk kestabilan masa depan’ menjadi tema manifesto Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penyelaras PRN Johor bagi BN Datuk Hasni Mohammad berkata, manifesto ini memiliki satu matlamat utama, lima ikhtiar dalam masa lima tahun.

“Ikhtiar BN Johor adalah ikhtiar untuk semua bangsa Johor. Marilah kita bersama-sama memakmurkan Johor Darul Takzim dengan ekonomi yang maju, perniagaan yang bercambah, infrastruktur yang moden dan kualiti hidup yang terbaik,” ucapnya pada majlis pelancaran manifesto BN di Bangunan Umno Johor, Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa pemimpin utama BN Johor.

Beliau berkata, manifesto BN dirangka dengan teliti bagi menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada bangsa Johor.

“Johor sebagai negeri yang makmur didukung oleh naratif politik baharu yang matanf lagi stabil.

“Ada lima ikhtiar BN Johor iaitu merangkumi ikhtiar kemajuan ekonomi, ikhtiar kesejahteraan rakyat, ikhtiar oranf muda Johor, ikhtiar pentadbiran berintegriti, dan ikhtiar reformasi politik,” katanya.

Justeru, Hasni menegaskan, BN menyasarkan jangka masa lima tahun untuk mencapai matlamat yang ditawarkan dalam manifesto.

“Bagi mencapai matlamat utama, BN Johor akan melaksanakan lima ikhtiar dalam masa lima tahun,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here