PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Pertemua tersebut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Anwar berkata, beliau termasuk dua pemimpin lagi mendapat jaminan daripada Perdana Menteri bahawa suatu pindaan Perlembagaan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang minggu depan.
“Kami turut mencadangkan agar diberikan kelonggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memudahkan proses kempen Pilihan Raya Negeri Johor.
“Kami juga mengulangi pendirian berhubung penjelasan beliau di Parlimen pagi tadi berhubung peranan dan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak tanpa bersikap selektif,” kata Anwar dalam kenyataan di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

