Pengorbanan, perjuangan TDM tiada ternilai – PM

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pengorbanan dan perjuangan Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak ternilai harganya.

Beliau berkata, berbekalkan semangat yang tinggi dan ikhlas, anggota TDM berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air di perbatasan yang penuh cabaran.

“Berbekalkan semangat yang tinggi dan ikhlas, mereka berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air,” katanya menerusi Facebook.

Ismail Sabri berkata, tidak dilupa jasa dan pengorbanan TDM amat besar sekali dalam membantu negara ketika harungi pandemik Covid-19.

“Di bawah panas terik jua, mereka cekal membersih, membaiki semula rumah, membina jambatan, dan merawat Keluarga Malaysia yang ditimpa kesakitan melalui Hospital Medan.

“Saya menjadi saksi, bahawa tentera darat menjadi sandaran rakyat sebagai tempat titipnya sebuah pengharapan, apabila warga tentera darat juga membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,” katanya.

Perdana Menteri berharap, warga TDM yang gagah setia terus komited dalam melaksanakan tugas demi mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

“Selamat menyambut Hari Tentera Darat Ke-89 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia.

“Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here