24.8 peratus populasi kanak-kanak di Malaysia sudah divaksin

0
2
vaksin uitm

SERAMAI 879,264 atau 24.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jumlah itu termasuk 31,925 dos yang diberikan semalam.

Menerusi data portal COVIDNOW, seramai 14,660,956 atau 62.3 peratus populasi dewasa di negara ini pula sudah menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.

Sejumlah 22,949,368 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,229,321 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 5,697,470 dos vaksin sudah diberi membabitkan 2,801,180 individu atau 90 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,896,290 atau 93.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 115,202 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 34,200 suntikan dos pertama, 1,259 suntikan dos lengkap dan 79,743 suntikan dos penggalak.

Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah kepada 67,208,978 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here