
SEBANYAK 75 kematian akibat Covid-19 direkodkan dengan 20 kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID), semalam.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,749 kes.
Menerusi portal COVIDNOW, kematian tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 22 kes, diikuti Johor (13) dan Sabah (11).
Selain itu, kematian masing-masing tujuh kes dilaporkan di Kedah dan Perak, masing-masing tiga kes di Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang, Terengganu (dua kes).
Turut dilaporkan ialah masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Data berkenaan memaklumkan, daripada jumlah angka korban itu, terdapat 20 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 6,710 kes kematian dilaporkan, sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.
Daripada jumlah kes BID itu, lapan kes dilaporkan di Sabah, Selangor (lima), masing-masing dua kes di Johor, Kedah, Kelantan dan satu di Kuala Lumpur. – Malaysiapost
