Masyarakat Cina mahu BN

0
2

MASYARAKAT Cina di Johor Bahru mengakui ekonomi di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu lebih rancak dan stabil.

Tinjauan Malaysiapost di pasar malam Jalan Century, Johor Bahru mendapati rata-rata peniaga di situ ‘merindui’ kerancakkan ekonomi hasil kestabilan pemerintahan kerajaan BN dahulu.

Kebanyakan peniaga yang ditemui mahu kerajaan negeri yang bakal mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, mencari jalan untuk memulihkan ekonomi rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Susah mahu cari makan sekarang. Kita sudah lama meniaga tapi sejak BN kalah banyak ong lari, termasuklah Covid-19.

“Pada saya pilihan raya ini kita mesti pilih kerajaan yang lebih stabil dan boleh membantu kita pulih ekonomi. Yang penting kestabilan politik dan ekonomi,” kata Meo Ah Heng, 67.

Ah Heng turut berharap sempadan negara dibuka sepenuhnya secepat mungkin demi merancakkan lagi ekonomi negara khususnya di Johor.

Bagi peniaga yang dikenali sebagai Mr. Pang, 51, pula, hanya BN sahaja yang boleh mengembalikan kestabilan politik sekaligus merancakkan ekonomi rakyat.

“BN…saya rasa BN dapat memberikan kita kestabilan, rakyat boleh cari makan. Parti lain tak boleh, hanya BN.

“Politik sekarang sangat kacau bilau, tiada stabil sebab kita peniaga punya orang mesti mahu semua cantik, baru boleh cari makan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung pasar malam yang hanya mahu dikenali sebagai Wish, berharap BN menang PRN Johor kali ini.

“Kita kena dapat standard hidup seperti zaman BN semula. Yang lain tak boleh, tak tahu jaga rakyat,

“Sekarang rakyat susah, bukan peniaga sahaja susah, pembeli pun susah. Harga barang banyak naik zaman ini, dulu masih terkawal lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here