Mangsa banjir Terengganu meningkat, Kelantan kekal

0
2
Keadaan banjir di Taman Desa Wira Jaya, Pasir Mas, Kelantan. Gambar dron SMART Team

JUMLAH mangsa banjir di Pantai Timur kini membabitkan 25,350 penduduk daripada 7,033 keluarga yang dipindahkan ke 184 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu setakat pagi ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara di portalbencana.nadma.gov setakat jam 8 pagi tadi, melaporkan berlaku peningkatan mangsa di Terengganu, manakala jumlah mangsa di Kelantan tidak berubah seperti dilaporkan jam 12 tengah malam tadi.

Terengganu kini mencatatkan seramai 17,725 mangsa membabitkan 4,550 keluarga dipindahkan ke 138 PPS berbanding 15,349 mangsa daripada 3,953 keluarga yang dipindahkan ke 137 PPS di lapan daerah jam 12 tengah malam tadi.

Lapan daerah yang terjejas di negeri berkenaan adalah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Keadaan banjir di Taman Desa Wira Jaya, Pasir Mas, Kelantan – Gambar dron SMART Team

Sementara itu, keadaan banjir di Kelantan tidak berubah dengan seramai 7,625 mangsa daripada 2,483 keluarga dipindahkan ke 46 PPS di enam daerah setakat jam 8 pagi tadi.

Daerah di Kelantan yang terjejas banjir adalah Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here