Rakyat rindui kestabilan politik, ekonomi

0
2

Najamuddin Mohd Nor

RAKYAT merindui kestabilan politik dan ekonomi yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

Begitulah luahan rakyat di peringkat akar umbi yang sering diterima Mohd Hairi Md Shah sejak tiga hari bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin itu berkata, penduduk DUN tersebut yang berbilang kaum rata-rata mahu kestabilan politik dikembalikan sekali gus merancakkan semula ekonomi negara dan rakyat.

“Paling penting sejak saya mendekati rakyat sempena kempen ini, rakyat di bawah merindui zaman kestabilan politik dan ekonomi yang pernah dikecapi dahulu.

“Rakyat sudah letih melihat kerajaan tak stabil, diugut untuk lompat parti sehinggakan nasib mereka tidak terbela, kerajaan hilang fokus untuk membangunkan ekonomi rakyat kerana sebab itu,” katanya.

Mohd Hairi yang juga Ketua Pemuda Umno Johor berkata demikian ketika melakukan ‘walkabout’ di Pasar Malam Century, Johor Bahru, petang tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Hairi menjelaskan, ketidakstabilan politik bukan sahaja menjejaskan ekonomi orang Melayu, malah semua kaum juga teruk terjejas.

“Apa yang terharu, semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India menyuarakan perkara sama iaitu pentingnya kestabilan politik untuk memajukan negara dan rakyat.

“Rakyat kecewa sejak beberapa tahun ini dan saya berjanji kepada mereka akan memastikan kestabilan politik kembali dipulihkan jika BN menang PRN Johor 12 Mac ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here