Banjir: KPM buka bilik gerakan di Terengganu, Kelantan

0
2

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) membuka bilik gerakan banjir di Terengganu dan Kelantan selepas beberapa pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut terjejas dalam bencana berkenaan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri tersebut.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan calon SPM 2021 dapat membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya menerusi Facebook.

Hujan lebat berterusan menyebabkan sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan dilanda banjir buruk. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here