27,299 kes baharu Covid-19 

0
2
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

MALAYSIA mencatatkan 27,299 kes baharu Covid-19 semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 3,395,170 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 27,043 kes adalah penularan tempatan dan 256 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau berkata, majoriti kes iaitu 18,324 kes adalah pesakit kategori dua dengan gejala dan 8,846 kes kategori satu iaitu tidak bergejala.

“Daripada pesakit dalam kategori tiga hingga lima, sebanyak 71 kes (55.04 peratus) membabitkan pesakit yang sudah mendapatkan dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 348 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) iaitu 153 kes disahkan Covid-19 dengan 195 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Tujuh kluster baharu dikenal pasti menjadikan sehingga kini terdapat 494 kluster yang masih aktif di negara ini,” katanya. 

Dalam masa sama, terdapat 43 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan 13 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID).

Perkembangan itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 32,634 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here