Sahruddin serah pucuk pimpinan pilih calon MB Johor

0
2

“SETAKAT ini belum diumumkan (calon menteri besar) dan saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih sesiapapun,” kata Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Sahruddin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong berkata, beliau menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon Menteri Besar Johor dari gabungan itu.

Jelasnya, beliau hanya ahli parti yang mahu memastikan PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terlebih dahulu.

“Saya hanya ahli parti. Saya akan pastikan PN memenangi dahulu PRN Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman calon di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), hari ini.

DUN Bukit Kepong menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Sahruddin, Ismail Mohamed (BN); Nurafiqah M Zulkifli (Muda) dan Md Taib Md Suhut (Pejuang).

Sahruddin yang merupakan penyandang DUN Bukit Kepong juga yakin bahawa beliau akan memenangi dan mengekalkan kerusi itu.

“Atas beberapa faktor. Pertama, saya berkhidmat di sini selama empat tahun.

“Kedua, saya berjaya membawa pembangunan di DUN Bukit Kepong dan saya berhubungan baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” Katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here