Salahuddin Ayob berdepan 4 penjuru di DUN Simpang Jeram

0
1

TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan berdepan empat saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu yang juga Ahli Parlimen Pulai akan ditentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Md Don, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mahaizal Mahmor dan calon Perikatan Nasional (PN), Zarul@Mohamad Zahrul Salleh.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Mohd Nurulamin Abd Rahman selepas selesai proses penamaan calon pagi tadi.

Proses penamaan calon bagi DUN Simpang Renggam berlangsung di Dewan Ibnu Battuta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Salahuddin yang merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menang dengan majoriti 7,687 undi menewaskan Mohd Radzi Amin daripada BN dalam persaingan empat penjuru. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here