
AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Beliau berkata, desakan itu dibuat susulan kegagalan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN berhubung keputusan dibuat membabitkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan pembukaan pintu sempadan.
“Saya merujuk dua kenyataan media yang dilakukan oleh Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN.
“Mendesak Perdana Menteri untuk mendengar dan melakukan keputusan yang diambil oleh MPN, atas alasan ekonomi.
“Itulah Muhyddin Yassin, setiap kali beliau memberi cadangan, setiap kali itu akan meletakan kepentingan politik, jauh sekali meletakan kepentingan rakyat dihadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, pada awal Pembubaran DUN, Muhyiddin menempelak Kerajaan Johor kerana tidak peka kesihatan rakyat selain menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja membubarkan DUN ketika Covid-19 memuncak.
“Selepas itu pula, Muhyddin meminta agar SOP pilihan raya dilonggarkan demi memberi laluan kepada proses demokrasi yang baik, mahukan ceramah terbuka dan perjumpaan bersemuka dibebarkan.
“Ini kontradik dengan perasaan kerisauan yang kononya mahu nyawa rakyat dijaga, walhal apa yang keluar dari mulut beliau tidak lain hanya melihat kepada kepentingan Parti beliau, jauh sekali memelihara nyawa rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, kini Muhyiddin menggunakan alasan MPN mendesak Perdana Menteri membuka sempadan negara pada 1 Mac, walaupun mengetahui varian Omicron mula merebak.
“Kalau nak ikut SOP MPN pada awal-awal dulu, Muhyddin meletakan jangkaan jangkitan di bawah 4,000 baru boleh dilonggarkan PKP, ini SOP yang paling mengarut semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
“Jadi, apa sahaja yang dibuat oleh Muhyddin adalah demi kepentingan beliau tanpa melihat keselamatan rakyat keseluruhan,” katanya.
Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu meneliti semua keputusan MPN sebelum ia dilaksanakan.
“Jangan jadikan alasan bahawa MPN sudah beri cadangan dan perlu diikuti, banyak cadangan Muhyddin yang membawa keburukan kepada kepada negara.
“Tindakan Muhyddin sehingga mendesak Perdana Menteri untuk mengambil keputusan MPN tidak perlu dilayan.
“Kerajaan jangan peduli dengan desakan ini, meletakkan kepentingkan rakyat adalah menjadi satu keutmaan dalam apa jua keadaan,” katanya. – Malaysiapost
