Proses penyerahan borang calon selesai

0
1
grafik

PROSES penyerahan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir jam 10 pagi tadi.

Proses yang bermula pada jam 9 pagi melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor itu, secara keselurhan berjalan lancar.

Sebaik proses penyerahan borang selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti tidak dibenarkan di pusat-pusat penamaan calon.

Hanya calon serta pencadang dan penyokong calon tersebut dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here