Calon PN wakili demografi, aspirasi bangsa Johor – Wan Fayhsal

0
2
WAN AHMAD FAYHSAL

PERIKATAN Nasional (PN) memilih pendekatan berimbang bagi mewakili demografi dan juga aspirasi bangsa Johor dalam senarai 56 calonnya bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ia termasuklah menampilkan calon-calon wanita dan anak muda.

“Pemuda PN mendoakan dan akan bekerja sehabis baik membantu calon-calon khususnya Pemuda PN dalam PRN ini.

“Penglibatan kalian mengukuhkan barisan, pengorbanan kalian memperkasa perjuangan, ayuh mara ke barisan hadapan, tiada sasaran kecuali kemenangan,” katanya.

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu mengetengahkan 33 calon manakala PAS (15) dan lapan daripada Parti Gerakan dalam PRN Johor.

Kata beliau, PN mengetengahkan 41 muka baharu manakala baki 15 calon merupakan individu yang bertanding ketika pilihan raya sebelum ini.

Mereka terdiri dari pelbagai profesion termasuk usahawan, bekas guru, doktor pergigian, doktor perubatan, peguam dan pensyarah.

Pada PRN kali ini, PN menampil lapan calon mewakili sayap Pemuda iaitu masing-masing dua dari PAS dan Gerakan, serta empat dari Bersatu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here