Lawatan ke Kemboja berjaya – PM

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan lawatan rasmi beliau sulung ke Kemboja amat berjaya.

Susulan lawatan itu, Ismail Sabri berkata pelabur Malaysia dan Kemboja digalak melaksanakan kolaborasi dalam sektor baharu yang berpotensi seperti Industri Halal, teknologi maklumat dan informasi (ICT), cyber security, Fintech dan lain-lain.

Pada masa sama katanya, pelabur Malaysia dipelawa terlibat secara langsung dalam industri pemprosesan beras di Kemboja.

“Perbincangan dengan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen turut menyentuh isu sumber manusia khususnya membabitkan permintaan untuk pekerja domestik beragama Islam di Malaysia.

“Peluang pekerjaan seumpama ini boleh diisi oleh masyarakat Melayu Islam Champa kerana persamaan agama, bahasa, adat dan budaya serta makanan dengan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

“Hal ehwal membabitkan masyarakat Islam Champa yang merupakan etnik minoriti di Kemboja turut dibincangkan bersama Datuk Dr Othsman Hassan, Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Hal Ehwal Islam Kemboja,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Perdana Menteri berkata pelbagai bentuk bantuan telah disampaikan kerajaan serta masyarakat Malaysia dan ia akan diteruskan untuk membantu masyarakat Islam Champa terutama dari segi pendidikan dan pekerjaan.

Sementara itu beliau turut berterima kasih kepada Hun Sen atas jemputan dan layanan amat baik kepada delegasi Malaysia.

Perdana Menteri kini meneruskan lawatan rasmi ke Thailand. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here