Penglibatan ATM di Lubnan tingkat imej Malaysia

0
3

PENGLIBATAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL)) sejak tahun 2007 berjaya meningkatkan imej Malaysia dan ATM khususnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui peranan digerakkan kontinjen MALBATT sangat dikenali dan dihormati masyarakat Lubnan berdasarkan sikap profesional dipamer setiap pegawai dan anggota kontinjen.

Katanya ini terutama komitmen melalui Program Kerjasama Awam dan Tentera bagi misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Civil-Military Coordination in UN Integrated Peacekeeping Missions (UN-CIMIC).

“Berbekalkan slogan “Serving For Peace”, MALBATT 850-9 yang berperanan mengawal selia kawasan tanggungjawab seluas 288 km persegi serta memantau keselamatan di 48 perbandaran, kehadiran mereka terus diyakini apabila usaha membina persefahaman serta penerimaan positif kontinjen berkenaan sentiasa diperkukuh.

“Pada masa sama tanpa mengabaikan konsep ‘winning the heart and mind’ terhadap penduduk tempatan setiap kali program CIMIC dilaksanakan.

“Kesinambungan gerak kerja ini menjadi antara agenda utama dari satu kontinjen ke kontinjen seterusnya, dalam usaha memperkasa aspek jaringan perhubungan bersama komuniti tempatan seterusnya mencapai aspirasi sebagai salah sebuah Kontinjen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kredibel dan dihormati,” katanya.

Terdahulu beliau melawat ke kawasan tanggungjawab Kontinjen MALBATT 850-9 dan merasmikan MALBATT Fisioterapi Centre di Haidar Khalil Medical Centre, Ma’rakah.

Ia turut disaksikan Mayor Ma’rakah, Adel Saad dan Pengarah Haidar Khalil Medical Centre, Ali Trad.

Sementara itu menurut ATM, projek CIMIC di bawah program Troop Contributing Countries (TCC) yang ditaja sepenuhnya MALBATT 850-9 melalui perancangan rapi Sel CIMIC kontinjen berkenaan, amat dihargai oleh komuniti Ma’rakah dan komuniti berhampiran.

Ia atas manfaat besar bagi mereka yang memerlukan rawatan kerana satu-satunya pusat fisioterapi di daerah tersebut.

Projek itu diluluskan pada 15 Januari 2022 oleh Markas Angkatan Bersama di mana kerja pembinaan pusat fisioterapi berkenaan dengan ruang bangunan Haidar Khalil Medical Centre dan dilaksanakan oleh Elemen Jurutera MALBATT 850-9 bermula 13 dan siap sepenuhnya pada 19 Februari 2022.

Bermula 13 November 2021, sejak mengambil alih tugas dari Kontinjen terdahulu, MALBATT 850-9 melaksanakan keseluruhan 47 program CIMIC.

Ia meliputi 34 aktiviti di bawah Program Key Leader Engagement (KLE) and Meeting, tujuh aktiviti di bawah Program ‘Donation’, dua Community Engagement Works (CEW) dan empat aktiviti di bawah Program Troop Contributing Countries (TCC) dan Quick Impact Project (QIP). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here