PN letak senator cabar Hasni di Benut

0
2

PERIKATAN Nasional (PN) mencalonkan Senator Dewan Negara, Datuk Isa Ab Hamid sebagai pencabar penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Isa bakal berdepan Hasni yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti selesa 4,447 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Calon itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon PN di Johor Bahru, hari ini yang keseluruhannya PN bertanding di semua 56 kerusi DUN dengan menampilkan calon muda dan calon berpengalaman.

Muhyiddin berkata, kesemua calon berkenaan bukan sahaja dipastikan layak, malah turut melalui pelbagai peringkat tapisan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“PN mengemukakan 41 muka baharu bagi menghadapi PRN Johor dengan 19 daripadanya bawah usia 40 tahun dan yang paling muda berusia 31 tahun.

“Calon dikemukakan PN merangkumi pelbagai bidang profesional termasuk ahli perniagaan, guru, akauntan bertauliah, doktor perubatan dan doktor gigi, peguam serta pensyarah,” katanya pada sidang media selepas pengumuman calon PN.

Menurutnya, pecahan calon PN adalah membabitkan Bersatu seramai 33 orang termasuk ahli bersekutu, PAS menampilkan 15 calon termasuk satu ahli bukan Islam, manakala Gerakan menurunkan lapan calon.

Senarai keseluruhan 56 calon PN yang akan bertanding di PRN Johor adalah:

1. Norazman Md Diah (N1 Buloh Kasap)

2. Maimunah Safwah Musa (N2 Jementah)

3. Uzzair Ismail (N3 Pemanis)

4. Normala Sudirman (N4 Kemelah)

5. Ahmad Humaizi Udin @ Uzir (N5 Tenang)

6. Tan Lek Khang (N6 Bekok)

7. Datuk Dr Sahruddin Jamal (N7 Bukit Kepong)

8. Muhd Nur Iqbal Abd Razak (N8 Bukit Pasir)

9. Mohd Solihan Badri (N9 Gambir)

10. Dr Chong Fat Full (N10 Tangkak)

11. Rahmat Daud (N11 Serom)

12. Tan Kok Hong (N12 Bentayan)

13. Zarul Salleh (N13 Simpang Jeram)

14. Mahadzir Abu Said (N14 Bukit Naning)

15. Abd Aziz Talib (N15 Maharani)

16. Zainudin Sayuti (N16 Sungai Balang)

17. Datuk Ariss Samsudin (N17 Semerah)

18. Othman Kepol (N18 Sri Medan)

19. Yong Fui Ling (N19 Yong Peng)

20. Shazani A Hamid (N20 Semarang)

21. Ahmad Nawfal Mahfodz (N21 Parit Yaani)

22. Zulkifli Mat Daud (N22 Parit Raja)

23. Sia Wee Yet (N23 Penggaram)

24. Khairul Faizi Ahmad Kamil (N24 Senggarang)

25. Mohammad Huzair Lajis (N25 Rengit)

26. Azlisham Azahar (N26 Machap)

27. K Alagathiran (N27 Layang-Layang)

28. Wong Chan Giap (N28 Mengkibol)

29. Mohamad Nor Lingan (N29 Mahkota)

30. V Selvendran (N30 Paloh)

31. Daud Yusof (N31 Kahang)

32. Alwiyah Talib (N32 Endau)

33. Roslan Nikmat (N33 Tenggaroh)

34. Hasan Rasid (N34 Panti)

35. Jawahir Husein ( N35 Pasir Raja)

36. Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas (N36 Sediili)

37. Mohamad Alias Rasman (N37 Johor Lama)

38. Mohd Faizal Asmar (N38 Penawar)

39. Selamat Ujud (N39 Tanjung Surat)

40. Dr Karim Deraman (N40 Tiram)

41. Loh Kah Yong (N41 Puteri Wangsa)

42. Datuk Dr Ker Ching Sheng (N42 Johor Jaya)

43. Tazul Arifin Nasri (N43 Permas)

44. Zulkifli Bujang (N44 Larkin)

45. Yap Chiang Youisn (N45 Stulang)

46. Khoo Siaw Lee (N46 Perling)

47. Nur Faizal Abdullah (N47 Kempas)

48. Khoo Kong Ek (N48 Skudai)

49. Samsudin Ismail (N49 Kota Iskandar)

50. Tosrin Jarvanthi (N50 Bukit Permai)

51. Tan Heng Choon (N51 Bukit Batu)

52. Yeo Kwee Kwang (N52 Senai)

53. Senator Datuk Isa Ab Hamid (N53 Benut)

54. Abdullah Husin (N54 Pulai Sebatang)

55. Datuk Tan Chin Hock (N55 Pekan Nanas)

56. Mahathir Iskandar Muhammad (N56 Kukup) – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here