TH umum agihan keuntungan 3.1 peratus

0
2

LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus, melibatkan nilai RM2.46 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Ketika mengumumkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 pendeposit.

Katanya, jumlah keuntungan diagih adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion bagi tahun kewangan 2020, lapor Berita Harian.

Beliau menambah, agihan keuntungan itu adalah kompetitif, mengambil kira faktor kadarnya lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.36 peratus.

“Kadar tersebut telah mengambil kira peruntukan zakat bernilai RM107 juta, yang akan dilunaskan kepada semua Majlis Agama Islam negeri bagi pihak pendeposit.

“Kadar pulangan 2021 juga adalah selepas mengambil kira keadaan persekitaran perniagaan dan pasaran sukuk serta saham yang mencabar pada tahun lalu, selain dua keperluan TH.

“Keperluan berkenaan ialah mengagihkan keuntungan secara berhemah dan mampan mengikut kemampuannya serta membina pegangan rizab bagi memastikan kedudukan kewangan Tabung Haji terus kukuh untuk masa hadapan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here