BN cuma umum calon Umno, MIC, calon MCA masih diteliti

0
1

BARISAN Nasional (BN) hanya mengumumkan senarai 41 calon, iaitu 37 dari Umno serta empat mewakili MIC bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kesemua 15 calon MCA bagaimanapun belum diumumkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad pada majlis pengumuman calon BN di Johor Bahru hari ini.

Ketika membuat pengumuman itu, Hasni berkata MCA masih perlu membuat penelitian bagi memuktamadkan calonnya.

“Senarai ini tidak lengkap kerana rakan komponen MCA perlu memuktamadkan lagi calon mereka untuk memastikan hasrat, matlamat kita dalam PRN ini yang terbaik.

“MCA nak calon terbaik bertanding dan mereka akan teliti calon mereka yang mereka fikirkan layak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here