Saya tak ada kroni, saya hanya ada orang berkebolehan – Dr M

0
2

“TAK payah Najib (Razak) nak jaga kroni saya, saya boleh jaga kroni saya,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad sinis.

Dr Mahathir menjawab kenyataan Najib yang mendakwa beliau beberapa kali menarik sokongan terhadap seteru politiknya itu ketika menjadi Perdana Menteri keenam kerana tidak menjaga kroninya.

Bagaimanapun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berkata tidak mempunyai kroni, namun hanya individu dalam kalangan mereka yang berkebolehan.

“(Tetapi) saya tak ada kroni saya hanya ada orang berkebolehan. Saya tak tolong orang yang tak ada kebolehan,” katanya.

Semalam Najib ketika menjawab surat kedua Dr Mahathir kepada pengundi Johor mendakwa Dr Mahathir pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.

Najib mendakwa Ahli Parlimen Langkawi itu sering menekannya untuk memberi projek kepada kroninya ketika menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata beliau hanya memberi sokongan kepada individu yang boleh memajukan negara.

Malah beliau berkata, anaknya sendiri tidak diberikan sebarang projek ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan meminta Najib mengemukakan bukti jika benar anaknya bergelar jutawan disebabkan pengaruhnya.

“Ini cuma tuduhan palsu Najib, tapi ini bukanlah sesuatu yang asing daripada Najib, dia memang cakap bohong, dia boleh curi duit,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here