KPKT beri komitmen bantu pembeli Aspire Residence Cyberjaya

0
2

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pembeli Aspire Residence Cyberjaya yang sudah berlarutan selama enam tahun.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata masalah membabitkan pembeli-pembeli kediaman terbabit akan diselesaikan dengan beberapa langkah penyelesaian.

“Setiap hari, Facebook page saya dibanjiri komen dan mesej mengenai keresahan pembeli kediaman berkenaan.

“Hari ini, saya buka ruang di pejabat saya untuk mendengar secara ‘face-to-face’ dengan beberapa orang wakil pembeli residensi tersebut.

“Terima kasih kepada kesemua wakil pembeli yang meluangkan masa berkongsi isu-isu yang dihadapi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pertemuan itu, beliau mendengar segala keluh kesah yang mereka lalui termasuk masalah-masalah kewangan yang dihadapi pembeli.

“Ada antara mereka, inilah satu-satunya kediaman yang dibeli untuk didiami.

“Dalam pertemuan ini juga saya beri komitmen bahawa KPKT akan selesaikan keresahan pembeli-pembeli dengan beberapa langkah penyelesaian.

“Secara rasmi saya akan maklumkan kepada umum tidak lama lagi namun hari ini saya mahu maklumkan secara peribadi kepada wakil pembeli. Saya mahu mereka mengetahuinya dahulu,” katanya.

Reezal Merican berkata, beliau juga telah minta penyelarasan maklumat pembeli dan juga pinjaman dengan institusi pembiayaan dilakukan.

“Pembeli residensi ini boleh menghubungi wakil pembeli, Puan Siti Mariam Jusoh (0129795812) atau Puan Noraini Mohd Zaini (0195498859).

“Insya-Allah, dalam masa yang terdekat saya akan turun ke tapak Aspire Residence Cyberjaya ini.

“Kita tangani satu persatu, tetapi saya akan pastikan pembeli akan menerima kunci rumah idaman mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here