Calon PKR mesti faham isu setempat – Anwar 

0
2

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa semua calon PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar memahami isu-isu setempat. 

Presiden PKR itu bagaimana mahu kesemua 20 calon terbabit tidak menyisihkan isu nasional yang memberi kesan kepada rakyat. 

“Mendengar, memahami dan bertindak pada kehendak rakyat adalah antara ciri yang mesti digarap dengan baik oleh calon-calon. 

“Semoga iltizam terus diperkukuh dan mara demi rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Terdahulu beliau menyampaikan watikah kepada semua calon PKR yang akan bertanding dalam PRN Johor. 

Pada PRN itu, PKR yang menggunakan logo sendiri akan bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here