Omicron kini varian dominan di Malaysia

0
3

OMICRON kini muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kementerian itu, berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi dan cepat, orang ramai dinasihat agar terus patuh kepada SOP dan amalan norma baharu.

“Laksanakan ujian pengesanan Covid-19 apabila perlu dan bersesuaian seperti selepas berhimpun dalam khalayak ramai atau selepas mengalami sebarang gejala,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Malaysia hari ini melaporkan 25,099 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 3,246,779 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, kes harian itu membabitkan 25,014 kes tempatan dan 85 kes import. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here