MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan beliau dalam keadaan baik susulan dijangkiti Covid-19.
Ahli Parlimen Sembrong itu yang kini menjalani kuarantin kendiri turut mengingatkan orang ramai agar terus berhati-hati dan berwaspada.
“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini.
“Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Stay safe everyone,” ciapnya ringkas menerusi Twitter hari ini.
Terdahulu Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan Hishammuddin kini diperintahkan menjalani isolasi wajib, susulan dijangkiti Covid-19.
“Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

