Harimau Malaya B-23 layu di tangan Laos

0
2

SKUAD Harimau Malaya bawah 23 (B-23) tahun ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 0-2 kepada Laos pada aksi Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh malam tadi.

Gol Laos dijaringkan Bounphanchan Bounkong pada minit ke-43 dan Souksakhone Bouaphaivanh (minit 86).

Skuad negara memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas tewas 1-2 di tangan Laos pada aksi pertama, Jumaat lalu. 

Hasrat itu tampak mustahil apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 16 pemain skuad B-23 tahun negara yang dapat diturunkan menentang Laos pada aksi itu.

Badan induk itu bagaimanapun tidak menyatakan sebabnya, namun ia sudah pasti berkaitan pandemik dengan Covid-19 selepas skuad kendalian Brad Maloney melakukan ujian pantas antigen (ART).

Kekalahan mengejut Malaysia di tangan Laos pada Jumaat lalu menimbulkan kritikan terutama kerana tindakan pasukan kejurulatihan merehatkan beberapa pemain utama bawah 23 tahun negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here