KPKT cari penyelesaian isu kepentingan pembeli rumah

0
1

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu menyelesaikan pelbagai isu perumahan terutama kepentingan pembeli dengan menjalinkan kerjasama dengan pemegang taruh.

Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata  sehubungan itu pihaknya menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) yang turut menjadi sebahagian anggota Jawatankuasa Panel Berkepakaran Perumahan.

“Kita mahu lebih banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para pembeli, Keluarga Malaysia dapat dirawat dan diselesaikan,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Reezal Merican bertemu Presiden HBA, Brig Gen Datuk Goh Seng Toh dan delegeasi persatuan itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu mereka membincangkan pelbagai isu menyentuh hal ehwal perumahan dan kepentingan pembeli.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak HBA yang memberi pelbagai input termasuklah cadangan penggubalan RUU Akta Sewaan Kediaman. 

“Saya sendiri juga belajar banyak perkara baru melalui pertemuan ini dengan pertukaraan idea,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here