Liza Hanim tegur Kak KM jaga adab, aurat

0
2

PENYANYI, Liza Hanim menegur tindakan usahawan sensasi menyusukan anak di tempat awam secara terbuka, yang videonya tular di media sosial baru-baru ini, supaya menjaga kehormatan sebagai wanita muslim.

Liza berkata, dia menyokong tindakan usahawan itu memberikan susu badan, kerana dia juga seorang ibu yang menyusukan anak namun perlu menjaga batasan dan adab aurat.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat, baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak di khalayak dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya, namun sebagai seorang saudara di dalam Islam saya memohon tolonglah jaga adab ketika breastfeeding di tempat awam.

“Saya sendiri menyusukan anak di mana-mana sahaja, malah pernah di tepi jalan di Kota Seoul (Korea Selatan) dan ya saya merakamkan gambar juga tetapi kita harus menjaga adab, aurat harus dijaga,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Bagaimanapun, di hantaran tersebut Liza tidak menyebut secara terang nama usahawan itu.

Mengulas lanjut, Liza berkata, beliau menyuarakan pendapat berhubung perkara tersebut daripada persepsi seorang wanita dalam masa sama sebagai ingatan untuk diri sendiri.

“Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair (tidak bertudung), either way jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.

“Allahuakbar sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita, jaga agama kita, InsyaAllah berkat usaha kita murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya juga,” katanya.

Sebelum ini, .tular video usahawan sensasi, Liana Rosli atau dikenali sebagai kak KM menyusukan anak bongsunya, Cinta Carissa secara umum tanpa menutup bahagian dadanya

Aksi anak pelakon veteren, Normah Damanhuri itu mengundang kritikan dan kecaman.

Menerusi rakaman video di Instagram miliknya itu, memaparkan dirinya sedang menyusukan anaknya di sebuah restoran, malah di kawasan itu terdapat ramai pelanggan serta dua pasangan, berhampiran dirinya sedang menikmati makan malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here