Harimau Muda pincang bertemu Laos

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=645066886566551&set=pcb.645066976566542

CABARAN skuad bawah 23 (B-23) negara dalam Kejohanan Bolasepak Asean (AFF) B23 terus berhadapan onak dan ranjau susulan hanya 16 pemain dibenarkan beraksi menentang Laos malam ini.

Meskipun pincang tanpa beberapa pemain utama, namun skuad negara berjanji akan bermati-matian mengalahkan menentang Laos di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya memaklumkan, beberapa pemain lagi masih menunggu keputusan ujian pantas antigen (ART) daripada Jawatankuasa Penganjur AFF.

“Menerusi keputusan ART pagi tadi, skuad B-23 kebangsaan akan kehilangan khidmat beberapa pemain utama untuk perlawanan kedua menentang Laos, malam ini.

“Dengan peningkatan jumlah kes positif yang membimbangkan di dalam pasukan di Phnom Penh, Kemboja, kesihatan serta keselamatan pegawai serta pemain terus menjadi keutamaan FAM.

“Namun begitu, demi semangat kesukanan, Harimau Malaya B-23 tetap akan turun mengharungi perlawanan kedua menentang Laos, malam ini dan akan berjuang sehabis baik demi negara meskipun berdepan rintangan Covid-19,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, FAM Sabtu lalu, mengesahkan tiga pemain negara dan seorang penolong jurulatih yang sedang bersaing dalam Kejohanan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja positif Covid-19.

Tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan selain penolong jurulatih, Khan Hung Meng.

Difahamkan, kes tersebut dikesan sewaktu ujian saringan yang dilakukan di hotel penginapan pemain pagi semalam dan kesemua mereka telah diasingkan dan akan menjalani ujian PCR. -Malaysiapost

Kredit Foto: FAM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here