Zahid, ‘Geng Kluster Mahkamah’ terdesak mahu PRU segera – Che’gu Bard 

0
2

KUMPULAN Kluster Mahkamah termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat memerlukan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas Melaka, demi memperkukuhkan desakan usul pilihan raya segera. 

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin, berkata hakikatnya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak ada kena-mengena dengan kestabilan kerajaan negeri, kerana ia dibuktikan apabila belanjawan Johor lulus sebulat suara tanpa undi bantahan.

“Jika menang besar di PRN Johor usul bubar Parlimen (dengan) segera akan menjadi usul utama PAU (Perhimpunan Agung Umno).

“Mereka perlukan PRU segera bukan pemilihan (parti) kerana jika pemilihan dahulu kemungkinan besar mereka kalah dan (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob akan jadi Presiden,” katanya menerusi Facebook.

Jelasnya lagi, ‘Geng Kluster Mahkamah’ ini memang berhajat untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera untuk memudahkan usaha mereka menggugurkan kes di mahkamah. 

“Mereka nak PRU segera kerana Zahid akan tandatangan watikah dan pilih calon pro kluster mahkamah. Selepas dapat kuasa penuh maka mudah kes digugur atau dilepaskan,” katanya.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, beliau yakin akan ada desakan terhadap Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU dalam tempoh terdekat.

“Mereka akan desak Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno dan Perdana Menteri. Malah, jika Ismail Sabri tak umum sesuatu yang konkrit mengenai pembubaran dalam ucapan penangguhan (PAU) maka akan ada yang dirancang untuk bangun dan “boo”,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here