Shabery tidak setuju Zahid buat sumpah laknat

0
2
my news hub tv

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui kurang bersetuju sekiranya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kes mahkamahnya.

Ahmad Shabery berkata, sumpah laknat tidak mampu menyelesaikan sesuatu isu, sebaliknya akan meleret-leret kerana pihak yang membuat tuduhan juga perlu melakukan perkara sama.

“Saya kurang setuju kalau DS Zahid nak buat sumpah laknat. Bukan sahaja TSMY (Muhyiddin) kena buat sumpah laknat balas, AA yang jadi saksi pun kena buat sumpah laknat jugak.

“Banyak lagi benda mereka kena bersumpah. Ni akan berkait-kait,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Difahamkan, AA yang dinyatakan Ahmad Shabery itu merujuk seorang menteri Kabinet daripada Bersatu.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid menyatakan kesanggupannya untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan tuduhan Muhyiddin mendakwa beliau pernah meminta pertolongan berkaitan perbicaraan kesnya di mahkamah.

Presiden Umno itu mempersoalkan dakwaan tersebut, yang menurutnya hanya timbul menjelang musim pilihan raya, merujuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan bulan depan.

“Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here