PRN Johor: MCA enggan tuntut kerusi di media

0
2

MCA belum memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata perkara itu masih dalam perbincangan dengan rakan komponen Barisan Nasional yang berlangsung dengan semangat perkongsian.

“Apa sahaja yang dibincangkan tidak boleh didedahkan dan apa yang belum dimuktamadkan tidak wajar dimaklumkan.

“Kita bukan nak tuntut kerusi melalui media, itu hanya perang mulut sahaja. Kita akan cari formula terbaik untuk semua pihak,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau juga berharap semua parti bertanding akur dengan kehendak pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada PRN Johor untuk mengelakkan penularan Covid-19.

“Wajar juga pematuhan SOP. Apabila SPR atau KKM umumkan SOP, saya rasa kita perlu akur.

“Apa yang direncanakan adalah untuk kebaikan. Dahulu saya ingat di (PRN) Melaka tak boleh, sungguh pun ada ruang untuk kita,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here