Badminton lelaki negara selangkah lagi bergelar juara BATC 2022

0
2

HASRAT skuad badminton negara untuk bergelar juara semakin hampir apabila layak ke perlawanan akhir dengan menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Beraksi di di Pusat Kovensyen Setia City, Malaysia memulakan aksi dengan bergaya apabila jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan menerusi kemenangan
ke atas Jeon Hyeok-jin 21-13, 13-21 dan 15-21.

Pada perlawanan kedua separuh akhir membabitkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan Kim Hwae Tae dan Kim Jaehwan, beregu lelaki nombor satu negara itu pada mulanya mengukir senyuman di wajah penyokong apabila menang 14-21 pada set pertama.

Bagaimanapun, kem negara cemas apabila pada set kedua Chia dan Wooi Yik dilihat hilang fokus yang peluang itu diambil beregu dari Korea Selatan yang menang 22-20.

Perlawanan set penentuan berlangsung dengan penuh mendebarkan yang akhirnya dimenangi Chia dan Wooi Yik dengan kiraan mata 19-21, sekali gus memberi mata kedua untuk negara.

Pemain perseorangan kedua negara Ng Tze Yong mengesahkan tiket Malaysia di perlawanan akhir, bagaimanapun pemain muda itu terpaksa bermandi peluh apabila bermain dalam tiga set sebelum menang, 21-19, 16-21 dan 12-21.

Malaysia akan bertemu sama ada Indonesia atau Singapura pada aksi akhir esok.

Setakat jam 7.45 petang, kedua pasukan terikat 2-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here