MCA tewas dua kali, UMNO mahu tanding DUN Pekan Nanas,

0
2

UMNO Bahagian Tanjung Piai meminta MCA memberi peluang kepadanya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketuanya Jefridin Atan berkata ini kerana MCA telah tewas pada dua pilihan raya umum dan kawasan berkenaan juga majoritinya Melayu iaitu kira-kira 60 peratus.

“Ini bukan soal tamak, tetapi Umno perlu diberikan kesempatan untuk membuktikan keupayaannya bagi mengambil alih kerusi DUN Pekan Nanas yang kini dikuasai DAP,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Kerusi Pekan Nanas dimenangi Yeo Tung Siong daripada DAP pada PRU 2013 dan 2018, masing-masing dengan majoriti 2,669 undi serta 1,308 undi.

Baru-baru ini, MCA dilapor menyuarakan hasratnya bertanding di kerusi itu pada PRN Johor bulan depan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here