Tinggalkan Umno satu ibadah – Muhyiddin

0
2

MENINGGALKAN Umno dan menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah harus dan mungkin boleh jadi hukumnya sunat serta dapat pahala, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, ia adalah kerana hijrah meninggalkan yang mungkar dan menyertai mereka yang menegakkan kebenaran adalah satu amal dan ibadah.

Menurutnya, ada ahli Umno yang terfikir mengenai kepincangan Umno, namun berasa berat hati membuat keputusan dan meninggalkan parti itu.

“Apa masalahnya, saya dulu juga ahli Umno..saya dah tinggalkan Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman Umno..tetapi bila meninggal dunia dia bukan Umno. Almarhum Tun Hussein Onn juga meninggal dunia bukan dalam Umno.

“Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih hidup juga tinggalkan Umno. Muhyiddin Yassin apatah lagi…dah lama kena tendang keluar dari Umno. Jadi apa masalahnya, takut ada salah.

“Ni ada Tok Guru Hadi (Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang). Apa fatwa kalau tinggalkan Umno dan sertai PN? Harus..boleh jadi hukumnya sunat dapat pahala..Hijrah meninggalkan yang mungkar dan sertai mereka yang menegakkan kebenaran adalah satu amal dan satu ibadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis PN Negeri Johor di Padang Awam, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, semalam.

Muhyiddin menegaskan, tiada kesalahan jika meninggalkan Umno untuk bersama dalam saf perjuangan baharu dan ia adalah satu ibadah kerana tidak akan bersubahat dengan kumpulan-kumpulan ‘kluster mahkamah’.

“Jangan kita bersubahat dengan kumpulan seperti itu..Sebab itu jemput mereka ini untuk bersama dalam PN.

“Boleh masuk Pas, Bersatu atau Gerakan..ini semua parti gabungan yang saya yakin bersih dan lebih baik tinggalkan yang kotor iaitu Umno,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here